Friday, May 15, 2009


Susah ke untuk mengajar diri berlaku jujur pada teman dan insan yang berada di sisi kita? Tidak tahukah mereka pedihnya bila mengetahui yang diri ini telah dikhianati. Mudahnya manusia melafazkan maaf. Maaf. Berapa orang sahaja yang mengahayati dan memaksudkannya. Mudah bicara tidak semudah untuk yang terkena. Manusia. Bila disakiti mengaduh, bila menyakiti buat-buat bodoh pula. Pengalaman mengajar aku erti kasih sayang dan cinta. Kasih sayang dan cinta yang dibayar dengan pengorbanan yang bukan sedikit. Tapi hati dan perasaan juga turut terkorban. Itu ke yang dinamakan cinta? Cinta yang kadang-kadang sangat melukakan. Sungguh melukakan. Siapa yang memahami? Manusia tidak akan pernah memahaminya walaupun kita sentiasa mencuba.mengapa kita menjadi bodoh kerana cinta? Tidak ada universiti ke untuk memandaikan insan-insan yang bodoh kerana cinta ini? Kenapa manusia buta bila bercinta? Tidak ada tongkatkah untuk mereka? Ada mata tidak melihat, ada telinga tidak mendengar, ada otak tidak berguna, hanya kerana cinta. Bukankah sepatutnya cinta itu indah. Ia sepatutnya menerangi hati yang gelap, mengisi akal yang kosong dan mengalunkan melodi indah sebagai halwa telinga. Mungkin itu hanya dongeng belaka. Cerita dongeng ‘Snow White dan Cinderella’. Happily ever after. Tapi bukan dalam dunia reality. Dunia yang penuh dengan pergolakan. Aku tidak memahaminya.
Tiap kali aku melihat wajahmu, hati ini terdetik. Jujurkah hati kau padaku..jujurkah pandangan mata kau pada ku itu. Hati ini menangis sayang. Menangis hiba dan pilu. Tapi siapa yang mampu mendengarnya. Adakah kau memahami sayang. Mata ini bergenang lagi. Air mata kerana cinta di hati ini tidak jemu menemani siang malam ku tatkala kenangan itu menjelma. Sedih sayang. Tapi hati ini tidak tega dengan pujuk mu. Cinta ini terlalu mendalam sayang. Sedalam lautan? Tidak sayang.lebih dari itu. Kerana itulah, luka yang kau tinggalkan terlalu parah. Entah dari mana kekuatan diriku ini mendampingimu lagi. Tapi itulah kasih sayangku. Yang kau tidak akan mengerti. Biar seribu kedukaan dan luka yang kau tinggalkan, selagi aku masih di sini, cinta dan kasih sayang padamu itu tidak pernah pudar dan layu.

1 comments:

Nurul K said...

cinta sempurna..
manusia yg terlalu mengejar kesempurnaan dlm bercinta...
sakitkan...?

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates