Friday, December 18, 2009

chubby....


huhu...aku ingat bila keje cuti ni aku akan kurus..xpun xjadi makin gemuk...huahua...aku menjadi semakin.....huh..xnak sebut...tabu..masa aku ngah syok-syok keje ni..kemas-kemas handbag,..tiba-tiba datang sepasang, lelaki dan perempuan..dia tawarkan aku untuk masuk impian anggun..terkejut aku..nasib baik tak jadi beruk maknye...tau apa..rupa-rupanya diorang wakil dari mayfair..sape-sape tak penah dengar mayfair tu carilah maklumat sendiri ye...

Aku masih tertanya-tanya lagi ni..gemuk sangat ke aku ni..sampai ditawarkan masuk rancangan tu...mesti nak tunjuk aku sebelum dan selepas la tu..huhu..maksudnya memang aku nampak gemuk la kan...

tapi pakwe aku ni plak berfikiran positif sangat...aku pun gembira la sikit..tapi aku xtrima pun ..aku sedar diri...haha...'aku sedar diri ini..aku hanyalah insan biasa..tapi aku ada harga diri...'ceh siap nyanyi dalam hati...tapi dalam ati aku ni ada juga terdetik nak terima masuk rancangan tu..sape tak suka glamour..haha..perasan...

ok lah..bosan sangat kat tempat keje sampai idea melimpah ruah nak menulis..

banyak yang aku belajar sepanjang cuti ini...aku belajar merindu...hakhak..poyo je...bukan it maksud aku...aku belajar banyak benda dengan orang sekeliling aku...aku belajar memahami dan merasai kesusahan orang lain...sebenarnya banyak lagi perkara di dunia luar ini aku belum terokai..bermacam-macam masalah manusia..bermacam-macam ragam manusia...bermula pada awal pagi, semua orang kelihatan tergesa-gesa mencari rezeki..dari seorang executive sehinggalah seorang pencuci..masing-masing mencari sinar harapan untuk meneruskan kehidupan..kadang-kadang menjadi pemerhati menjadikan aku lebih dewasa....indahnya sebuah kehidupan itu dicorakkan oleh kita..banyak keputusan yang kita buat betul pada kita, salah pula pada mata orang lain...

semua yang aku temui, mempunyai kisah kehidupan yang pelbagai..terdapat insan yang berkorban demi adik-adik tersayang sehingga mengorbankan masa depan sendiri..terdapat juga insan yang mempunyai masa depan untuk hidup senang tetapi memilih kehidupan sederhana..aku hanya pemerhati dan pendengar tetapi aku masih tidak mengerti apa yang tersembunyi di dalam hati insan-insan ini..bila ku nilai..kehidupan aku sangat beruntung dan aku mampu membina masa depan yang cerah...

aku berdoa lebih banyak pengalaman hidup dapat ku temui...

Thursday, November 19, 2009

Banyak perkara yang lelaki tidak tahu dan tidak ambil berat tentang wanita disisi mereka...

Wanita seorang insan yang emosional. Pertimbangan mereka lebih banyak dipengaruhi oleh perasaan mereka. kalau wanita tanya kepada lelaki tentang pilihan mereka, kebanyakan mereka hanya mengharapkan persetujuan pada pilihan mereka. tidak susah, hanya perlu bersetuju, andai kata citarasa kamu berbeza, tolak dengan cara yang tidak merendahkan pilihan mereka. wanita tidak suka dikritik secara terus.

Wanita juga mempunyai sifat ego yang tersendiri. Andai kata berlaku sesuatu pergaduhan, wanita juga kadang-kadang jarang mahu mengalah. Itulah ego mereka. Sebagai pasangan, kamu perlu pandai memujuk, tegur kesilapan mereka setelah suasana kembali reda dan tenang. Jangan mengungkit ketika wanita tengah bengang, ia hanya akan mengundang bahaya pada hubungan kamu. Walaupun begitu, wanita juga tidak suka andai kamu terus-terusan mengaku bersalah walaupun dengan terang teman wanita kamu yang bersalah. Ia akan menjadi menjengkelkan..

Walaupun teman wanita kamu seorang yang cantik atau mempunyai rupa, mereka tidak suka kamu terlalu merendah diri sehingga merasakan tidak layak disampingnya. Kamu sepatutnya cuba meningkatkan keyakinan diri dan cuba menjaga penampilan diri agar personaliti kamu lebih menyerlah.

Wanita sukakan lelaki yang pandai membuat mereka ketawa dan tersenyum sepanjang hari. kamu perlulah pandai membuat usikan manja agar hubungan kamu sentiasa mekar dan tidak membosankan. Lelaki juga harus pandai memuji bersesuaian dengan tempat dan masanya. Jangan memuji tidak kene masa, silap hari bulan boleh menimbulkan prasangka.

Wanita juga mahukan lelaki yang memimpinnya. Seorang lelaki yang memimpin hubungan menjadikan dia lebih istimewa di mata wanita. jangan takut untuk menegur kesilapan teman wanita kamu. Tegur secara berhemah. semakin pandai kamu memujuk, semakin wanita kamu menuju kearah kesempurnaan wanita idaman kamu.


Aku rasa mesti semua orang kat muka bumi ni pernah rasa perasaan malas dan takde mood nak layan orang sekeliling kan..kita selalu mencari alasan...biasalah kalau perempuan, sindrom PMS la...jgn xtahu lelaki pun ada sindrom yang sama dan lebih kerap berlaku berbanding perempuan...

Pernah satu masa, aku rasa lebih gembira kehidupan bila 'single'..itu perasaan masa datang mood tak baik ni la..tidak bersyukurnya aku dengan apa yang telah aku miliki..kalaulah aku ni bersifat pentingkan diri sendiri dan hanya pikirkan perasaan sendiri, 'dia' mungkin bukan lagi milikku.

Biasalah, masa tu berputar, dan saat-saat sengsara melawan perasaan itu telah berakhir...aku gembira aku masih bertahan dan mampu mempertahankan hubungan kami...memang kebahagiaan itu tidak datang bergolek, kalau ringan pun xdatang melayang kata orang..

Sebenarnya, kebanyakan kita tidak sedar bahawa keruntuhan sesuatu hubungan itu kadang-kadang berpunca dari diri kita sendiri..kita tidak bercinta dengan mesin mahupun robot..yang telah di 'setting', untuk bertahan dengan kerenah kita dan terus bertahan dengan sikap kita...kesabaran ada batasnya..kita kena selalu sedar diri, sikap yang negatif perlu dilawan bukan dilayan....

Good luck untuk aku dan kawan-kawan aku dalam exam last paper for this sem...enjoy sangat sem ni, mungkin ini lah saat-saat kami mengumpul kegembiraan sebelum berpisah tahun hadapan...love you all...

pelikkan dengar topik ini yang saya ketengahkan...

Dalam maksudnya...apa yang saya maksudkan ialah..pernah atau tidak pasangan anda cuba mengubah anda?Apa yang anda tidak ada, diadakan...

Boleh ke Tidak tindakan ini?

Pada pandangan saya sebagai seorang wanita, kadang-kadang pandangan lelaki pada kita perlu kita ambil berat..semua ni untuk kebaikan kita juga..sebenarnya bila lelaki tegur tentang penampilan kita atau personaliti kita, maksudnya dia sayang..dia nak tengak yang baik-baik je tentang kita, dan mengharapkan kita sempurna dimatanya...

Jangan cepat melenting kalau pasangan kita cuba nak ubah sikit penampilan kita atau pun personaliti kita..jangan cakap dia tidak terima kita seadanya..silap tu...dia terima kita, sebab itulah dia bersama kita bukan perempuan lain, cuma semua manusia suka pada kecantikan..tidak kiralah cantik pekerti mahupun penampilan...

Jangan merasa rendah diri..kita semua istimewa...cantik sangat subjektif...percaya atau tidak...kalau kita pandai mengambil hati, akan terselah kecantikan kita di mata pasangan kita...Jadi ambillah hati, jangan berfikiran negatif...

Ambil risiko dan anda akan mendapat hasilnye...

Wednesday, November 18, 2009


Pernah tak kamu rasa diri kamu tidak dihargai disisi dia? Sedangkan kau sangat menghargai dia sebagai kekasih mu..itu merupakan tanda awal dia bukan yang terbaik untukmu..sebagai manusia kita juga harus dihargai..Kita juga berkorban dalam perhubungan yang kita bina..
Pernah tak kamu rasa pandangan kamu tidak dihormati? Sedangkan kamu sentiasa mengalah dalam menghormati pandangan dan keputusannya..Tidak betul..Bercinta merupakan satu hubungan yang dijalinkan atas persetujuan bersama, kita mempunyai hak yang sama untuk dihormati..hati kita juga layak mendapat pertimbangan..Hubungan sebelah pihak tidak kekal lama..Dia bukan milikmu...
Pernah tak kau rasa dia terlalu berkira melabur dalam hubungan kamu? Sedangkan kita sedikit pun tidak pernah mengungkit..Dia bukan yang terbaik.Perkongsian akan mengukuhkan sebuah perhubungan..Dari segi masa, wang ringgit dan pengorbanan...Tidak ada alasan untuk mementingkan diri sendiri dalam perhubungan..petanda dia bukan milikmu..
Aku pernah merasa 'dia' yang terbaik dulu, tapi aku lupa, masih ada insan lain yang lebih baik..Walau diri ini tidak dihargai, walaupun pengorbananku tidak pernah dipeduli, aku masih bertahan...aku takut untuk mengakui aku tidak bahagia..apa orang akan kata..aku wanita cerewet? Tapi aku juga ada hak untuk bahagia..
Sekarang, aku bahagia...Bahagia dengan keruntuhan hubungan dahulu yang ku ingat tiada gantinya..Aku bahagia bersama insan yang lebih menghargai dan menghormati aku sebagai seorang wanita...

Tuesday, November 17, 2009


sekarang ni senior tengah sibuk-sibuk mengemas barang sbb dah abis study..meniti minggu-minggu terakhir mereka di sini, sayu je..mcm mana lah bila aku ditempat mereka sekarang.mesti sedih nak tinggalkan tempat study, pensyarah and terutamanya kawan-kawan aku yang sengal ni...hekhek..

mcm2 kisah dramatik la yang kami buat sepanjang kitorang kenal 5 tahun stgah ni..bleh wat cite kat tv..kalah la cite dunia baru tu..kami dewasa bersama..aduhai..cepatnya masa berlalu..

bayangkan dulu aku kurus(ye kot)...dah besaq tp comel lg..hahaha...kwn2 aku dulu comot..(jgn mayah ye) sekarang dah cun..kalah miss universe..yang sedia comel, makin comei..

Rasanya bila nak berpisah nanti kitorang mesti sedih..melalak-lalak la ni..mau banjir batu pahat ni..sentimentol la plak aku ni...bayangkan la sape2 yang couple antara kitorang mesti pakwe2 kitorang jeles giler-giler...hehe..mst plikkan...tp serius berlaku...

penah x korang asa bile zaman maju dan berteknologi ni xdpt guna hp..aku merasakannya sekarang..mcm patah tangan..tula sape suh x baya bil tepon..

harapkan org call, emm..klu xpham mmg xdpt la call utk arini..bosan nyer..rasa nak je tekan2 hp tp xyah anta..utk kepuasan diri..tp memang xrelevant la xde hp zaman ni..mcm mana agaknya org dulu-dulu..bleh je berhubung..siap leh bercinta lg..

hp ni keperluan ke kemahuan? aku pernah hidup di zaman hp merupakan kemahuan dan zaman sekarang ni zaman hp merupakan keperluan..hakhak..pandai-pandai je aku wat kesimpulankan..mentang-mentangla xleh gn hp skrg ni..

nasib baik la kwn2 aku kat sini je..hehe..hp pun xla ad guna sangat..happy je aku idup kat sini..boring2 bukak blog ni..tulis la apa yang nak ditulis..

Thursday, October 1, 2009

ketika mendengar lagu 'wali band'..cari jodoh..aku terfikir..mungkin ramai diluar sana merintih nasib seperti itu..mungkin sukar mendapat pasangan yang serasi, ataupun tidak bernasib baik dalam bercinta..atau terlalu memilih sehingga tiada yang sempurna di matanya.."Cantik"..mungkin betul kata orang, cantik adalah bonus..tapi betulkah kecantikan menjadi jaminan kita akan temukan cinta yang sejati? cukuplah memiliki cantik di hati, kaya budi pekerti..bagiku itu juga 'bonus', cuma itu boleh dikatakan 'Bonus' akhir tahun...kadang-kadang aku mengharapkan perubahan di dalam pemikiran masyarakat kini. yang hanya memandang pada luaran..bayangkan kamu menerima hadiah yang berbungkus cantik, tetapi di dalamnya buruk dan busuk, akan hilang kecantikan itu kan. tetapi hadiah yang bungkusannya tidak cantik, tetapi di dalamnya intan yang mahal, akan jatuh sayang kita padanya..itu maksudku...kecantikan dari dalam menjamin cinta yang lebih tulus dan sejati..sekarang aku lebih menghargai diriku sendiri, mengahargai segala kelebihan yang ada di dalam diri, mungkin xbanyak, tapi adalah ckit2...hehe...aku mengharapkan orang-orang lain juga akan berfikiran sama seperti aku..yakin pada diri dan jadi diri sendiri...cinta...ia akan hadir dan bila ia hadir biarlah ia cinta sejati...

tinta cinta ini dah lama tidak menulis...mencari ilham la katakan..sambil-sambil melihat gelagat manusia-manusia yang berkeliaran di atas bumi Allah...mencari sesuatu kepastian di dalam hidup..mencari cinta sejati...aku dah dapat cinta sejati?..hehe..klau ditanya soalan maut tu, xterjawab rasanya..tapi apa yang tersembunyi dihatiku, aku berdoa agar dia menjadi cinta sejatiku, dunia akhirat...


cintailah aku kerana pekertiku...
rinduilah aku kerana senyumanku...
kasihlah daku kerana budiku...
temanilah aku kerana riangku...
marahilah aku kerana silapku...
tegurlah aku kerana kealpaanku..
rajuk lah padaku kerana kecuaiaanku...
ingatkanlah daku demi cinta dan sayangmu...

Tuesday, June 23, 2009

aku baru kehilangan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupku...seorang wanita yang sangat tabah menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini...wanita yang aku kagumi...hidupnya mungkin tidak terlalu sempurna tapi dia hidup dengan menyempurnakan kehidupan insan lain yang dia sayang..mulianya hati wanita ini..dari hayatnya dikandung badan sehingga jasad disemadikan, tiada kesusahan yang dititipkan pada insan lain..Tuhan lebih menyayanginya, kerana dia hidup dengan kasih sayang yang begitu banyak dalam hatinya..bukan untuk dirinya tetapi insan-insan disekelilingnya tanpa mengharapkan balasan..hati aku sayu melepaskan dia pergi, tetapi apa dayaku, janji Pencipta tetapkan datang..tidak seminit lewat mahupun sesaat..aku melepaskan wanita hebat ini dengan doa yang berpanjangan agar dia bersemadi dikalangan hamba-hamba yang soleh dan solehah...

Al-Fatihah untuk arwah Hjh Khadijah..(nenda tercinta)..

Friday, May 15, 2009

untuk sahabat cinta...
kadang-kadang hati ini tidak membenarkan kau untuk setia...
betulkah?
cinta ini, sayang ini, sudah tiada buat dirinya..
kenangan itu sudah tidak mampu memagari hatimu dari menerima cinta lain...
sayang...
maafkan diri ini...

sahabat cinta...
cinta bukan hanya untuk rasa dimiliki,
tetapi juga untuk belajar menghargai...
menghargai pengorbanannya..
menghargai keperitan hatinya kau lukai..
menghargai kesabarannya menyayangi..

sahabat cinta...
andai kau telah temui kekasih...
setia denganmu..
jangan kau mungkiri cinta itu...
kerana masih tiada jaminan cinta yang kau cari...
mampu menyaingi cinta yang kau miliki kini...

andai sayang itu sudah tiada...
carilah ia..
temuilah ia di dalam hati mu itu..
kerana...
di dalam lipatan hati kita...
masih tersimpan satu ruang yang menyimpan memori indah bersama...
masih ada sedikit harapan...

sahabat cinta..
masih belum terlewat untuk kau menggapai cinta yang hampir terlepas itu...
jangan kau kehilangannya..
hanya kerana kau lupa...
biarlah dia hilang kerana sudah tiada lagi harapan dan impian bersama..


Susah ke untuk mengajar diri berlaku jujur pada teman dan insan yang berada di sisi kita? Tidak tahukah mereka pedihnya bila mengetahui yang diri ini telah dikhianati. Mudahnya manusia melafazkan maaf. Maaf. Berapa orang sahaja yang mengahayati dan memaksudkannya. Mudah bicara tidak semudah untuk yang terkena. Manusia. Bila disakiti mengaduh, bila menyakiti buat-buat bodoh pula. Pengalaman mengajar aku erti kasih sayang dan cinta. Kasih sayang dan cinta yang dibayar dengan pengorbanan yang bukan sedikit. Tapi hati dan perasaan juga turut terkorban. Itu ke yang dinamakan cinta? Cinta yang kadang-kadang sangat melukakan. Sungguh melukakan. Siapa yang memahami? Manusia tidak akan pernah memahaminya walaupun kita sentiasa mencuba.mengapa kita menjadi bodoh kerana cinta? Tidak ada universiti ke untuk memandaikan insan-insan yang bodoh kerana cinta ini? Kenapa manusia buta bila bercinta? Tidak ada tongkatkah untuk mereka? Ada mata tidak melihat, ada telinga tidak mendengar, ada otak tidak berguna, hanya kerana cinta. Bukankah sepatutnya cinta itu indah. Ia sepatutnya menerangi hati yang gelap, mengisi akal yang kosong dan mengalunkan melodi indah sebagai halwa telinga. Mungkin itu hanya dongeng belaka. Cerita dongeng ‘Snow White dan Cinderella’. Happily ever after. Tapi bukan dalam dunia reality. Dunia yang penuh dengan pergolakan. Aku tidak memahaminya.
Tiap kali aku melihat wajahmu, hati ini terdetik. Jujurkah hati kau padaku..jujurkah pandangan mata kau pada ku itu. Hati ini menangis sayang. Menangis hiba dan pilu. Tapi siapa yang mampu mendengarnya. Adakah kau memahami sayang. Mata ini bergenang lagi. Air mata kerana cinta di hati ini tidak jemu menemani siang malam ku tatkala kenangan itu menjelma. Sedih sayang. Tapi hati ini tidak tega dengan pujuk mu. Cinta ini terlalu mendalam sayang. Sedalam lautan? Tidak sayang.lebih dari itu. Kerana itulah, luka yang kau tinggalkan terlalu parah. Entah dari mana kekuatan diriku ini mendampingimu lagi. Tapi itulah kasih sayangku. Yang kau tidak akan mengerti. Biar seribu kedukaan dan luka yang kau tinggalkan, selagi aku masih di sini, cinta dan kasih sayang padamu itu tidak pernah pudar dan layu.


Melihat seorang gadis menangis membuatkan hatiku kadang-kadang menjadi geram. Apakah salah dia? Kenapa dia diperlakukan sebegitu? bukan aku katakan, hanya wanita-wanita yang dilukai, jejaka-jejaka diluar sana pun ada yang terus dan terus dilukai...
Cinta itu membahagiakan ke? Ya. Aku akuinya. Begitu banyak kenangan yang akan dibina apabila kita bercinta. Cinta mematangkan kita dalam menjalani kehidupan. Di dalam cinta pelbagai pengajaran hidup yang amat berguna....erti kesetiaan, pengorbanan, kasih sayang, penghargaan dan penghormatan. Begitu banyak pengertian hidup di dalam perkataan yang 'simple' itu.
Tapi kita kadang kala lupa pada ketajaman mata cinta itu. Luka yang dihiris mata pisau cinta bukan kelukaan yang akan mampu disembuhkan dengan 'operation' atau rawatan pesakit luar di hospital dan klinik-klinik kerajaan dan swasta. Tiada doktor pakar yang bisa melakukan apa pun untuk menyembuhkan luka itu.
Sudah terjawabkah 'cinta itu menyakitkan?'... tanyalah pada diri kita...sudahkah kita bersedia untuk dilukai bila mencintai, sudahkah kita bersedia dikhianati bila menyerahkan hati kepada seseorang...
cinta itu menyakitkan kepada mereka yang telah memberi sepenuhnya hati mereka tanpa bersedia untuk kehilangannya. ingatlah, tiada kebahagiaan yang hakiki....tiada cinta yang pasti...simpanlah sedikit cinta untuk diri sendiri...sekurang-kurangnya kita tidak kehilangan segalanya....


Cinta yang dicari,
Sembunyi dibalik lipatan-lipatan hidup ku,
Bila ku kejar, ia lari…
Bila ku gapai, aku terpaksa melepaskan ia pergi..

;;

Template by:
Free Blog Templates