Wednesday, September 29, 2010


masa berbual dengan Izzati tadi..dia cite la kat aku mengenai keadaan mak die..mak die xchat sgt...sedih...hari ini hari kamu Izzati, esok lusa mungkin giliran aku lak..Izzati cakap kat aku yang die belum bersedia kalau pape jadi kat mak die...apa jawapan aku....

kita xkan pernah bersedia untuk kehilangan mak kita sampai bila-bila pun...even masa tu kita dah tua dan beranak cucu...

masih banyak pengalaman hidup dan pelajaran yang kita nak timba dari ibu atau emak kita..mereka adalah guru kita sepanjang hidup..

aku bukanlah seorang anak yang baik..tetapi jauh di dalam hati aku, aku sentiasa ingin kan mak aku gembira dan senang.. niat aku, sebelum aku kahwin, aku nak bagi mak aku hidup yang senang ckit...syukurlah aku bakal menjadi seorang guru dalam masa x kurang dari 3 bulan.

ini semua berkat kesabaran mak aku yang mendoakan kebahagiaan aku sejak aku dilahirkan samapailah aku dah besar dan mampu berdiri di kaki sendiri...

terima kasih mak...

Tuesday, January 26, 2010


aku tertarik dengan tazkirah masa kat perhimpunan semalam. ustaz cakap, manusia diciptakan dari tanah...ala..aku rasa benda tu memang dah biasa dah dengar..xla aku terkezut pun..tapi apa yang aku tertarik tu bila ustaz cakap, zat di dalam badan manusia sama dengan zat di dalam tanah...betul ke?


betul...aku jumpa fakta ni dalam internet..

(Adanya 16 unsur pada jasad manusia sama dengan unsur pada tanah membuktikan benda yang diperlukan oleh tubuh manusia itulah juga bahan yang manusia diciptakan daripadanya.)

ayat al-quran yang menyatakan kewujudan manusia dari tanah:
"Kitab (Al Qur'an) in tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib....." (QS. Al Baqarah (2) : 2-3)
mungkin ada yang tidak tahu atau tidak perasan terdapat
tiga proses kejadian manusia..
apa yang aku maksud kat sini ialah tahap pembentukan manusia, tahap pertama, ketika Allah mencipta nabi adam, kedua kejadian hawa dan seterusnya keturunan adam dan hawa.

aku rasa semua orang tahu, cuma kat sini aku kumpulkan info yang aku dapat supaya kita boleh kongsi maklumat ni...

kejadian adam:

"Yang membuat sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah". (QS. As Sajdah (32) : 7)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)

kejadian hawa:

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang sangat banyak..." (QS. An Nisaa' (4) : 1)

Di dalam salah satu Hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dijelaskan :

"Maka sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam" (HR. Bukhari-Muslim)

Apabila kita amati proses kejadian manusia kedua ini, maka secara tak langsung hubungan manusia laki-laki dan perempuan melalui perkawinan adalah usaha untuk menyatukan kembali tulang rusuk yang telah dipisahkan dari tempat semula dalam bentuk yang lain.

kenapa wanita dicipta dari tulang rusuk Adam?

Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)."

betapa indah dan lembutnya islam ini..kata-kata ni aku rasa dah sangat popular la..kat kad jemputan kawin mahupun surat cinta korang...kalau dihayati memang menyentuh hati kaum-kaum wanita seperti aku ni...hehe...

Dicipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat pula di hati untuk dikasihi,

keturunan manusia (cucu cicit nabi adam dan hawa:

Di dalam Al Qur'an proses kejadian manusia secara biologis dejelaskan secara terperinci melalui firman-Nya :

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik." (QS. Al Mu'minuun (23) : 12-14).



Monday, January 25, 2010

berkabung...

aku insaf dengar cerita nenek aku tentang almarhum sultan iskandar(mantan sultan johor)...orang tua ni kadang-kadang lebih memahami dan menghormati tampok pemerintahan negara..berbanding dengan orang muda sekarang, yang celiknya mata mereka terhidang keamanan tanpa perlu berkorban nyawa..

bila berbual dengan orang tua, aku rasa aku mula fahami keadaan mereka dahulu..ingat lagi kisah tunku abdul rahman putra al haj..nenek aku cakap, dulu, beliau memberi ceramah politik dibawah pokok getah je...tepi jalan..xde khemah atau sambutan macam sekarang..tapi itu dulu kan..

almarhum sultan iskandar pula pernah datang ke sebuah kampung tanpa iringan dengan menaiki motorsikal..wah..berjiwa rakyatkan..orang kampung yang bersedia dengan kompang terkejut melihat sultan datang dengan tiba-tiba...tapi itulah pemimpin yang disayangi rakyat...

sultan johor sekarang..sultan ibrahim ismail, juga tidak kurang hebatnya..bersama turun padang dengan orang kampung..nenek cakap, baginda pandai memasak...

sampai sini dulu la..nak pegi perhimpunana...

al-fatihah...

Saturday, January 23, 2010

hari ini hari sabtu...hari bersama keluarga..semua kawan-kawan aku sudah blah dari maktab ni dengan bangganya..(korang memang xpatut tinggalkan aku).tapi aku tetap maintain comel kat sini merancang aktiviti sihat bersama 'my hubby'.

xla sihat mana pun, just pegi tasik y melihat orang berjogging..(nak harap aku jogging...mau sempat hubby aku tu mengandung sembilan bulan..haha..)..aku ni angan2 je lebih..buat dalam 2 kali je aku dah give up..hubby aku pun dah malas nak layan kalau aku ckp berkobar-kobar nak kuruskan badan.."excercise"..memang xtahan lama..haha..adalah dalam lima kali dah angan-angan ku musnah...(angan-angan xpe, jangan pelamainku musnah).

nak dijadikan cerita..aku ngan hubby aku ni duduk melepak..aku pun dengan perasan comelnya mengambil gambar kami berdua..tapi apa yang terjadi...hehe..mcm biasala...


"ala..gambar ayang nampak gemok la...lagi sekali la..".
"apa yang gemoknya..yelah.."

"ala..ni pun nampak gemok juga...b amik la gambar betul-betul..."
"apa yang xbetulnya...mana ada nampak gemok"..(ayat xnak aku terasa)
"mesti cermin mata ni yg wat ayg gemok..b amik sekali lagi.."

"huhu...gambar ni pun nampak gemok juga la..."
"haha...xla..ok la tu.."

"dah memang gemok..tu yg dalam gambar pun nampak gemok.."

ntah nape, 'my hubby' tanya pasal kupon 'mayfair' yang aku dapat hari tu...ni lah dia kupon tu...lihat betul2...ada perkataan slim di situ...

"yang kan asik sibuk je kan, gemok la..muka nampak gemok la..jom la buat appoitment"
"sekarang ke?"
"ha..yelah..nanti bolehla amik gambar banyak2...dah xgemok dah..haha"

(tulah hubby aku yang xjemu2 nak usik perangau irritating aku tu tentang gemuk)

sekarang aku plak nak blah dari sini..nak jumpa nenek..
nenek i'm coming....

Friday, January 22, 2010


huh!!baru habis tengok wayang 'adnan sempit' bersama hubby..
ok la citu tu, ada klakar ada sedih..cukuplah adunan..boleh dikatakan xbantat...ketika di dalam kereta, aku dengan bangganya menyatakan kewujudan blog aku ni kat hubby..huh..tapi ini lah responnya:


"b, b xnak baca ke blog ayg?"

"ayg ada blog ke?"

"ada la b"

"nak cari kat ne?"

"kat facebook ayg tu ayg dah link kan..b tekan jela..ayg ada cakap tentang b"

"ayg cakap apa?"

"ala...b bacalah sendiri..susah la nak cakap."

"ok..nanti balik b baca"



akhirnya selepas pembacaan beliau:


sms

"hehe..yang xpercaya ke b kata yg b ni xpernah terfikir untuk kawin lebih dari 1?"

"ayg percaya, cuma xyakin sangat"

"act..xpercayakan?"

"b marah ke?"

"xla cuma sedih je..mungkin 1 hari nanti hanya DIA je yang dpt buat syg percaya"

"bukan xpercaya..tapi takut terjadi"


begitulah warna-warni perhubungan kami...



hari ini dia gembira sangat...aku turut merasakan kegembiraan itu..dia berjaya 'score' gol masa friendly bola petang tadi...hehe...aku tau betapa dia minta sangat dengan game tu...kadang-kadang aku pun xpaham apa yang best sangat...

bayangkan la tengah-tengah 'date' bila nampak bola kat kedai mamak, habislah, menetapla aku kat situ barang sejam dua..(sayang punya pasal xmerungut masa tu)..kalau baca surat khabar(termasuk surat khabar lama), dia tetap akan menatap ruang sukan (berita tentang bola) dengan duration masa yang xmunasabah...kalau aku lak part2 gossip je..haha..lagi xleh pakai.. percaya atau tidak, aku belum pernah tengok 'hubby' aku main bola sampai game tamat..bila aku datang dengan semangatnye nak tengok dia main...ada-ada je excident yang jadi..dia kene kad merah la, atau pun kaki dia kene hentam dengan pemain lawan..aduh!!melepas je aku ni..

takleh blah la masa aku ingat, time awal-awal dulu..(masa tu ngah hangat bercinta). 'hubby' aku ni masuk la wakil maktab main bola..masa tu lawan dalam maktab..kiranya aku leh la tengok dia main kan..masa dia masuk padang(dengan gaya-gaya macho tu), dia cari aku kat tempat penonton...hahaha(ketawa berlagak)..dah macam david beckham ngan posh..




















berbalik dengan 'hubby' aku yang tengah melonjak-lonjak kegembiraan tu, dijadikan cite, dia ajak aku pegi makan, kiranya dia belanjalah..tapi aku dah makan dengan nurul lak petang tu..(rugi siot)..tapi xpelah...asik kuar malam je pun xelok juga kan..hehe..tapi, dia tetap makan dengan bangganya dengan menu pilihan beliau:
nasi putih-2
telur bungkus
otak-otak- rm 2.00

p/s: pada my hubby...sorry xdapat teman makan..

Thursday, January 21, 2010


Macan biasa hari ini dilalui dengan penuh ketenangan...hari berganti hari, aku meniti usia yang semakin matang( bahasa kasarnya menua)..macam-macam benda yang semakin merunsingkan aku..lagi-lagi aku sudah menjangkau usia emas remaja...24..wa!!!
Masih ingat lagi perbualan aku bersama 'hubby' aku masa keluar dating...
"b..b pernah x terfikir nak kawin lebih dari 1"
"mana ada la syg..yang sorang ni pun belum tentu terjaga"

monolog dalaman:"xkan la dia nak mengaku..cari gaduh tu namanya kan..."

"betul ke b xnak kawin lebih dari 1"
"betul la...b akan setia menjaga syg dan bakal anak-anak kita....insyaAllah, kita berdoalah sama-sama".
"bukan apa..ayg selalu dengar budak-budak pempuan sekarang suka lelaki yang berumur dan berduit..lagi 20 tahun, b akan jadi lelaki itu...nanti diorang yang goda b..ayg xsalahkan b, tapi ayg risau...xsanggup rasanya berkongsi kasih"...

aku rasa kerisauan aku itu bukan la sesuatu yang pelik pada zaman sekarang ni...aku mula terfikir semua itu selepas aku semakin masak menjalani kehidupan yang penuh dengan kisah suka duka coretan manusia...

Takutnya menjalani kehidupan berumah tangga ini semakin aku rasakan..aku mula merancang-rancang pengurusan kewangan dan keluarga kedua belah pihak..besarnya tanggungjawab selepas bergelar isteri...

macam-macam aku dengar kisah rumahtangga sekarang ini. isteri main kayu tiga..lelaki ada perempuan simpanan...huhu...semuanya menakutkan aku..

Wednesday, January 20, 2010


Satu kebetulan atau itu dipanggil dugaan untuk aku menghadapinya...sayu hati ini bila apa yang aku katakan dan janjikan pada insan aku sayang, aku mungkiri..tapi tuhan masih memberi aku satu lagi peluang untuk membaiki kekhilafan aku..


Benar kata orang, kita jangan mengatakan sesuatu itu dengan yakin kerana kadang-kadang tuhan menduga kekuatan hati kita itu dengan apa yang telah kita perkatakan..Aku menyedari kesilapan aku apabila aku merenung kembali salah dan silap..kadang-kadang manusia tahu tindakan itu salah tetapi cuba meyakinkan hati itu betul..tanpa kekuatan dalaman kita akan tergelunsur juga..


Begitu juga aku, aku tergelincir sedikit dari prinsip hidup aku yang aku pegang selama ini..mungkin kerana aku terlalu yakin dengan diri sendiri sehingga aku lupa, siapa yang menetukan takdir di dalam hidup kita..kita manusia hanya mampu berusaha berada di jalan yang betul sehinggalah tamat.


Bila lagu itu (saat akhir) aku dengarkan...sayup hatiku...kejamnya aku...aku menjadikan seseorang itu berharap pada sesuatu yang tak pasti..aku sedih kerana aku telah mengecewakan seseorang dengan akal sedar ku..khilafnya aku..sombongnya aku...


Aku tidak mahu mengecewakan orang lain, inikan pula dengan kewarasan akal fikiran aku..aku bingung, apa yang aku fikirkan dan aku harapkan sehingga sekeping hati yang ikhlas menyayangi aku, aku lukai..aku hampakan..

;;

Template by:
Free Blog Templates