Friday, May 15, 2009

untuk sahabat cinta...
kadang-kadang hati ini tidak membenarkan kau untuk setia...
betulkah?
cinta ini, sayang ini, sudah tiada buat dirinya..
kenangan itu sudah tidak mampu memagari hatimu dari menerima cinta lain...
sayang...
maafkan diri ini...

sahabat cinta...
cinta bukan hanya untuk rasa dimiliki,
tetapi juga untuk belajar menghargai...
menghargai pengorbanannya..
menghargai keperitan hatinya kau lukai..
menghargai kesabarannya menyayangi..

sahabat cinta...
andai kau telah temui kekasih...
setia denganmu..
jangan kau mungkiri cinta itu...
kerana masih tiada jaminan cinta yang kau cari...
mampu menyaingi cinta yang kau miliki kini...

andai sayang itu sudah tiada...
carilah ia..
temuilah ia di dalam hati mu itu..
kerana...
di dalam lipatan hati kita...
masih tersimpan satu ruang yang menyimpan memori indah bersama...
masih ada sedikit harapan...

sahabat cinta..
masih belum terlewat untuk kau menggapai cinta yang hampir terlepas itu...
jangan kau kehilangannya..
hanya kerana kau lupa...
biarlah dia hilang kerana sudah tiada lagi harapan dan impian bersama..

3 comments:

Anonymous said...

sesiapa yang masih tidak pasti tentang cinta...
fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

pape pun..
aku takut untuk bersahabat cinta spt di atas..
aku takut bermain dgn cinta..
kerna..
aku takut lupa...
aku takut alpa...

-puisi yg penuh inspirasi-

-nurulkornain-

dania said...

hurm... cinta itu indah... tapi manusia yang selalu menjadikan cinta complicated. mengapa perlu mencari cinta lain jika kita telah temui cinta? seharusnya kita menghargai cinta yang hadir itu... bukan mencari alasan untuk memberi ruang kepada cinta lain menghampiri ruangan hati kita..

jika kita tinggalkan cinta yang telah lama hadir dalam diri kita, percayalah, manisnya hanyalah seketika. suatu hari nanti pasti kita akan menyedari bahawa cinta yang telah kita tinggalkan itu, lebih manis dari cinta baru itu...

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates