Wednesday, January 20, 2010

kamu kene kembali...


Satu kebetulan atau itu dipanggil dugaan untuk aku menghadapinya...sayu hati ini bila apa yang aku katakan dan janjikan pada insan aku sayang, aku mungkiri..tapi tuhan masih memberi aku satu lagi peluang untuk membaiki kekhilafan aku..


Benar kata orang, kita jangan mengatakan sesuatu itu dengan yakin kerana kadang-kadang tuhan menduga kekuatan hati kita itu dengan apa yang telah kita perkatakan..Aku menyedari kesilapan aku apabila aku merenung kembali salah dan silap..kadang-kadang manusia tahu tindakan itu salah tetapi cuba meyakinkan hati itu betul..tanpa kekuatan dalaman kita akan tergelunsur juga..


Begitu juga aku, aku tergelincir sedikit dari prinsip hidup aku yang aku pegang selama ini..mungkin kerana aku terlalu yakin dengan diri sendiri sehingga aku lupa, siapa yang menetukan takdir di dalam hidup kita..kita manusia hanya mampu berusaha berada di jalan yang betul sehinggalah tamat.


Bila lagu itu (saat akhir) aku dengarkan...sayup hatiku...kejamnya aku...aku menjadikan seseorang itu berharap pada sesuatu yang tak pasti..aku sedih kerana aku telah mengecewakan seseorang dengan akal sedar ku..khilafnya aku..sombongnya aku...


Aku tidak mahu mengecewakan orang lain, inikan pula dengan kewarasan akal fikiran aku..aku bingung, apa yang aku fikirkan dan aku harapkan sehingga sekeping hati yang ikhlas menyayangi aku, aku lukai..aku hampakan..

1 comments:

Khaizarien said...

dugaan akn dtg bile kita mampu harunginya.cume kita jadi lupa seketika..;)

Khaizarien Blog @ atie

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates